Friday, August 26, 2011

NEW YORK SKIN CARE...hampeh

assalamuailaikum semua...

nak story sikit pengalaman saya pada hari jumaat lalu pada tarikh 19 ogos 2011.

setelah beberapa bulan pihak new york skincare (NYSC) cuba menelefon aku tanpa berputus asa menjemput aku datang membuat rawatan percuma..(konon katanya). mereka dah banyak kali call saya..adala dekat 10 kali bermacam2 alasan ku telah berikan untuk tidak pergi ke sana. Ini kerana, kawan2 ku tidak membenarkan ku pergi ke sana kerana dia tahu dari pengalaman kawannya yang telah melaluinya.

tapi akhirnya aku pergi jugak untuk mengetahui sendiri dan menjadikan ia satu pengalaman hidup.mmm

temujanji dibuat di The Mines, dekat dgn Komuter Serdang pukul 11 pagi. aku pergi dengan menaiki motosikal. nak parking kat sana pun kena bayar 50 sen.. tobat xnak p dah parking kat c2...hehhe.

jam dah kul 11.15am, pihak NYSC call aku dan tanya lokasi ku...barula aku bergegas ke sana..sebelum tu ku dah nmpak mereka sedang bermesyuarat sebelum pukul 11am.ku sampai lebih awal..saja pergi awal kerana tak tahu tempatnya.

pendekkan cerita, ku masuk2 je NYSC disambut dgn ramah mesra, penuh hormat..semua pekerja senyum jer...ambik hati la katakan..hehhe

Mula2, aku disuruh mengisi borang memandangkan aku baru saja menjejakkan kaki ke sana.ambik record ku dulu.
ku disoal beberapa soalan tentang kesihatan ku..Antaranya.penyakit yang dialami skrg, alahan, dan lain-lain.alhamdulillah sihat wal afiat.

selepas tu, staff NYSC (nama dia : Somatha) merangkap sebagai penasihat kulit muka aku, scan muka dan tangkap kulit muka dan ku boleh lihat di screen komputer. Dia memberikan kesimpulan berdasarkan gambar yang telah dia tangkap. Dia membandingkan kulit yang sihat dan tidak sihat. kulit tangan aku sihat tapi berlainan dgn kulit muka..katanya kulit muka kurang protein, nutrien..mcm2 la dia. siap lukis muka aku..yang penuh bintik2.. aduyai..

1 comment: